Category Archives: Milkbooster

WAJIB Baca kalau Nak banyakkan Susu Ibu

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.

 

arreessa demc 2010
Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan.

Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang).

Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkaraberikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurangkalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlahkalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Makanan
– Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
– Bayam
– Broccoli; sumber kalsium yang baik.
– Sawi
– Cekur Manis – dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkanditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
– Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagaiulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawangputih, ikan bilis/ udang kering.
– Kacang Hijau; bubur kacang hijau
– Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susukambing
– Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya danrebus, makanlah bersama-sama nasi.
– Petola, daun turi; masak lemak manis
– Kacang Buncis
– Kacang Dal; makan dengan roti canai
– Pucuk betik
– Roti; segala jenis roti especially roti planta
– Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
– Madu; sebagai pemanis dalam minuman
– Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
– Ikan Tenggiri
– Sengkuang Cina
– Biskut bijirin –
– Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan – bukan yangdalam tin / di proses
– Halba – masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
– Air masak; minum lebih 3 liter sehari
– Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
– Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitusahaja / direbus
– Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudukecil dengan air suam
– Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
– Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
– Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
– Soya
– Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
– Air Kelapa
– Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenamaseason F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikitgula
– Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhanamuda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
– Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus.Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkanlobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susuminum.

Zikir dan Doa
– Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air laludiminum.

Doa untuk Ibu Menyusukan

“Ya ALLAH…permudahkanlah segalaurusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

– Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
– Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita &supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hinggasekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supayadiberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengantongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belasmata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahuitempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah danminumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencanakerosakan di muka bumi”.

Lain-lain Amalan

– Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susukeluar dgn laju
– Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalampantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.

– Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlahyang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
– Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkanperjalanan urat-urat payudara.

– Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak ditelifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanyadalam hidup.

– Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dandibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkanselepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.

– Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akanmenyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).

– Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehinggabayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransanglebih banyak penghasilan susu.

– Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
– Minuman Ais
– Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

“REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT”

BACA TIPS BERJAYA MENYUSUKAN ANAK SECARA EXCLUSIVE

Advertisements

Masa Terbaik Untuk Pump Susu Ibu

Perkongsian sedikit pengalaman menyusukan anak pertama. Masa menyusukan anak pertama, saya seorang ibu yang bekerja di pejabat. selalu outstation dan saya perlu pump susu untuk bekalkan stok ebm kepada anak.

 

woman-pumping-at-work

Bila kita nak pump susu? waktu mana yang sesuai untuk pump susu ibu

 

1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.

Kaedah ni turut dipanggil tandem nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja)

2. Pam selepas anak selesai menyusu

Bayi ni kadang menyusu asal takat kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun takkan berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit.

Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill (isi semula) payudara.

3. Pam di waktu tengah malam atau sebelum subuh

waktu waktu ini anak anak sudah atau masih lagi tidur. Jadi kita akan lebih relax untuk ” me time” . Bila kita dalam keadaan tenang, relax susu pun akan lebih senang untuk dirangsang.  Sambil menonton atau mendengar lagu kegemaran. sambil membaca buku dan kita pump susu

Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.

Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan 🙂

 

nak bertanya mengenai penyusuan susu ibu dan apa yang saya ambil untuk kekal cergas, susu meriah walaupun kerja di tapak projek berbulan bulan boleh hubungi saya di 013-3612717